Utama

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS

15 January 2018
10:51

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Malayglamour

Malayglamour.com ,LUMPUR: Ringgit kekal dalam aliran harga meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pembukaan pagi ini, susulan minat belian berkekalan ke atas unit tempatan itu, kata peniaga.
Pada 9.06 pagi, unit tempatan mencatatkan paras 3.9580/9610 berbanding dolar AS daripada 3.9700/9730 pada penutupan Jumaat.
Ketua Pedagang Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes berkata tarikan terus memihak kepada ringgit susulan harga minyak lebih tinggi, kemunculan trend dolar AS yang lemah, ekuiti AS yang melonjak, landskap ekonomi domestik yang stabil serta kemungkinan Bank Negara Malaysia menaikkan kadar faedah.
“Dari perspektif teknikal, peningkatan melepasi paras kritikal 3.98 menjadikan paras 3.95 boleh dicapai dalam tempoh terdekat. Namun, berdasarkan pasaran sudah memberikan isyarat yang sama sejak tiga bulan lepas, persoalan sebenar ialah apakan pemangkin utama seterusnya akan muncul?” katanya dalam nota kajiannya hari ini.
Innes berkata, Malaysia adalah penerima manfaat utama Inisiatif Jalan dan Jalur (BRI) kerana China akan terus mengeksport lebihan kapasiti menerusi pelaburan langsung asing, yang meluaskan kontrak pembinaan untuk meningkatkan rangkaian pengangkutan kritikal BRI.
“Ini menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi domestik dan BRI akan menyediakan faktor utama peningkatan luar biasa ringgit sejak kebelakangan ini,” katanya.
Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 2.9917/9951 daripada 2.9895/9924 pada Jumaat dan rendah berbanding yen kepada 3.5735/5772 daripada 3.5727/5761.
Ringgit juga lemah berbanding pound British kepada 5.4407/4460 daripada 5.4040/4084 dan rendah berbanding euro kepada 4.8299/8348 daripada 4.8128/8181. — BERNAMA

Categories: Utama

Tagged as:

Leave a Reply