Hiburan

Nikita tidak kisah dieksploitasi

01 October 2017
03:51

Nikita tidak kisah dieksploitasi
malayglamour

AKTRES kontroversi Indonesia, Nikita Mirzani enggan mengikut jejak langkah rakan-rakan selebritinya yang lebih gemar menceburkan diri dalam bisnes makanan.
Sebaliknya, Nikita bakal menjual anak patung mirip dirinya sendiri dalam masa terdekat, selain melancarkan buku hasil tulisannya sendiri.
“Saya tidak cenderung untuk berbisnes makanan, jadi ada baiknya menjual anak patung. Sekurang-kurangnya, ia boleh menjadi alat permainan anak perempuan saya (Laura Meizani Nasseru Asry),” katanya seperti mana dilaporkan portal Kapan Lagi.
Menurut Nikita, anak patung menyerupai dirinya itu bakal dijual secara online dengan harga sekitar 1.5 juta rupiah (RM470).
“Ia diperbuat daripada material yang mahal seperti silikon serta tidak mudah pecah,” jelasnya.
Cuma, teraju utama filem Sang Sekretaris itu tidak kisah seandainya anak patungnya nanti bakal dieksploitasi mana-mana individu terutamanya oleh lelaki gila seks.

https://www.malayglamour.wordpress.com

Categories: Hiburan

Tagged as:

Leave a Reply