hiburan

Hafiz cuba selindung sesuatu, kata bekas suami Joy

Hafiz cuba selindung sesuatu, kata bekas suami Joy

22 August 2017
23:31

by zenna khaled~Malayglamour

Datuk Ray Imran, iaitu bekas suami Siti Arifah Mohd Amin atau Joy Revfa, percaya penyanyi, Hafiz Hamidun mempunyai sebab lain yang cuba diselindunginya dengan memanjangkan kontroversi perkahwinannya dengan usahawan kosmetik itu.
Bercakap kepada Berita Harian Online, katanya, kontroversi itu tidak sepatutnya berpanjangan jika Hafiz benar-benar mencintai Joy.
“Saya terkejut, apa motif Hafiz yang masih memanjangkan isu ini. Kalau betul dia sayang Joy, perkara ini tidak akan timbul.
“Saya rasa ada sebab lain yang cuba diselindung Hafiz,” katanya.

Portal itu turut memetik Ray atau nama sebenarnya, Mohd Rayos Abdul Rahim mempersoal mengapa Hafiz merasa ragu-ragu sedangkan penyanyi itu dan Joy berbulan madu sambil menjayakan program terbitan syarikat televisyen (TV) swasta di Taiwan, baru-baru ini.
“Sudah pergi berbulan madu di Taiwan, kenapa ragu-ragu? Jika benarlah Joy tidak pandai memberikan kerjasama menyelesaikan masalah, dia sebagai suami perlu bertindak lebih matang.
“Biasalah perempuan kalau rasa diabaikan, mereka beremosi,” katanya.
Ray mengaku sebelum kontroversi tercetus, dia gembira melihat Joy sudah membina kehidupan baru.
“Apa-apapun, saya akan beri kerjasama kepada bekas isteri dan mahkamah untuk mengelak fitnah dan spekulasi,” katanya.
Penyanyi lagu ketuhanan Hafiz Hamidun awal hari ini mengadakan sidang media bagi menjelaskan pertikaian berhubung konflik rumah tangganya yang didakwa tidak sah.
Kata Hafiz, ketika dia menikahi Joy Revfa, wanita itu masih mempunyai ikatan dengan bekas suami pertama.
Malah akui Hafiz, selepas dia bernikah dengan usahawan kosmetik itu pada 1 Mei lalu, mereka tidak pernah mengadakan hubungan kelamin.

https://www,malay_glamour.com

zenna743@gmail.com

Categories: hiburan

Leave a Reply