hiburan

24 bekas pelajar hangatkan AF Megastar

24 bekas pelajar hangatkan AF Megastar

22 August 2017
23:42

by zenna khaled~Malayglamour

KUALA LUMPUR, 22 Ogos – Pengaruh dan populariti kebangkitan program realiti Akademi Fantasia atau AF sukar dinafikan biarpun sudah 13 musim bersiaran.
Bertitik tolak kepada kemasyhuran AF itu, pihak Astro mengorak langkah menghimpunkan semula bintang-bintang program itu dalam edisi khas AF Megastar untuk musim terkini.
Seramai lapan orang bekas juara AF telah mengesahkan penglibatan mereka dalam edisi khas ini iaitu Zahid AF2, Faizal AF4, Mila Jirin AF5, Shahir AF8, Faizul AF2013, Firman AF2014, Sufi AF2015 dan Amir AF2016.
Sementara enam belas orang peserta kegemaran yang berjaya disenarai pendek ialah Rosma AF1, Bob AF2, Adam AF2, Anding AF2, Marsha AF3, Amylea AF3, Idayu AF3, Nubhan AF6, Aril Pilus AF7, Adira AF8, Amir Jahari AF9, Azhar AF2013, Indah Ruhaila AF2013, Ewal AF2014, Syamel AF2015 dan Ara AF2016.
Bintang AF Megastar akan diadili berdasarkan sistem pemarkahan 60 peratus oleh juri profesional manakala 40% lagi akan ditentukan berdasarkan undian penonton atau AFUNDI menerusi kiriman sistem pesanan ringkas dan secara online www.afmegastar.com.my
Konsert mingguan pertama akan bermula pada 3 September ini pada pukul 8.30 malam menerusi saluran Astro Ria.
Datuk Aznil Nawawi diberi tanggungjawab untuk mengacarakan program ini. -MALAY GLAMOUR
https://www.malay_glamour.com

Categories: hiburan

Leave a Reply