hiburan

[Edisi Perkahwinan] Inspirasi Veil/Layah Buat Si Pengantin Perempuan

[Edisi Perkahwinan] Inspirasi Veil/Layah Buat Si Pengantin Perempuan

06 August 2017
05:06

Written by: Zenna khaled

Secara peribadinya, penulis kurang gemar melihat pengantin mengenakan tiara atau mahkota terutamanya pengantin berhijab. Ia kelihatan agak sarat dan berat buat si pengantin. Cukup dengan busana dan layah yang dihiasi renda, manik permata untuk dijadikan ‘mahkota’ pengantin anda.

Jadi tidak salah jika anda diantara tidak mahu berjalan dengan tiara bak ratu tapi cukup dengan hiasan layah. Masih tidak ada idea nak pakai rekaan layah yang bagaimana?
Wanista tampilkan beberapa inspirasi layah/veil untuk anda ..

#1 Blusher Veil
Layah yang menutup bahagian muka pengantin, memberi efek romantis dan persis malu-malu kucing. Sesuai buat pengantin yang menitip tiara bersaiz kecil.

#2 Fingertip Veil
Ekor hujung layah ini tepat jatuh pada hujung jari si pengantin. Layah seperti amat ringkas dan sesuai majlis pernikahan, untuk lebih menonjol anda boleh layah mempunyai tambahan renda atau manik.

#3 Flyaway Veil
Layah seperti kelihatan agak sedikit fun dan berat kerana ia biasanya mempunyai dua atau tiga lapis. Bagi anda yang ingin berhabis untuk kelihatan pengantin paling berani dan anggun boleh mengenakan veil ini. Busana ringkas atau penuh perincian dibahagian pinggang dan punggung gabungan sesuai untuk flyaway veil.

#4 Ballet Length Veil
Sejak dari kecil berangan nak jadi pengantin bak ratu Disney? Layah yang panjangnya sehingga ke lantai ini khas untuk pengantin yang ingin tampil elegan semasa majlis resepsi. Gabungan busana tanpa ekor paling tepat untuk mengayakan ballet length veil.

#5 Elbow Length Veil
Ringkas dan selamat. Boleh dikatakan panjang layah ini paling menjadi pilihan pengantin, ianya sesuai untuk majlis pernikahan dan resepsi. Untuk tampil berbeza tambah sedikit perincian manik atau renda pada hujung layah atau dibahagian kepala seolah-olah menggantikan sang tiara anda.

#6 Gaya Veil 2016/17
Pada siapa yang agak ketinggalan tu…Wanista nak beri tahu kini terdapat gaya terbaru layah untuk pengantin terutamanya untuk pengantin Malaysia. Layah dari fabrik organza ini terbentuk cantik dengan potongan bulan dan sedikit keras. Pemakai kelihatan moden dan amat sofistikated. Bagi yang dah bosan dengan gaya klasik layah, boleh cuba yang ini.

Buat anda yang ingin juga tampil dengan hiasan mahkota dan tiara, jangan risau boleh rujuk pada artikel Wanista ‘Inspirasi Tiara Perkahwinan Diraja Dan Selebriti Untuk Bakal Pengantin’.
Wanista harap dapat membantu anda untuk memilih yang terbaik dan sesuai dengan busana serta majlis anda! Happy wedding girls <3

Categories: hiburan

Leave a Reply